Gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi jadi penanda aras buka sempadan
Bernama
Oktober 30, 2021 16:09 MYT
Datuk Seri Nancy Shukri (kiri) mendengar paluan alat musik tradisional Rebana Ubi sempena Program Merakyatkan Seni dan Budaya di Pasar Terapung, Pengkalan Datu hari ini. - Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan akan menjadikan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi sebagai penanda aras sebelum membuka sempadan negara kepada pelancong antarabangsa.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bagaimanapun, pihaknya akan menilai prestasi projek rintis berkenaan terlebih dahulu selain keputusan untuk membuka sempadan negara juga perlu dilakukan secara berhati-hati.
Katanya, perkara itu juga akan dinilai oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagai langkah pencegahan berkemungkinan kemasukan pelancong dari negara-negara tertentu akan dihadkan dari semasa ke semasa bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gelembung-pelancongan-antarabangsa-langkawi-jadi-penanda-aras-buka-sempadan-328194